Wednesday 29 June 2011

EPISOD | 1

Shark hanya berbaring atas katil. Pandang siling. Pandang lampu. Pandang kipas yang berputar lesu. Sejuk! Hujan senja tadi membuatkan suhu siang tadi yang membahang kini menurun. Comforter ditarik sampai ke dada. Macam Eskimo dah gayanya. Ni baru sejuk kat Malaysia. Agak-agak nanti winter kat UK macamna ye? Entah-entah aku lari balik Malaysia. Mata mengantuk tapi tak boleh nak lelap. Selepas tengok TV sampai pukul 12 tadi, matanya hanya terkebil-kebil. Pusing kiri. Pusing kanan.

Sony Ericsson G705 yang berada di kepala katil berbunyi mendendangkan petikan piano Kitaro. Sape la yang mesej malam-malam ni. Kacau betul la. Taktau ke ni masa peribadi aku nak bersantai-santai. Shark membebel dalam hati. Dibiarkan begitu sahaja. Nantilah esok dia tengok sape yang menghantar SMS tersebut. Aku nak tido ok. Sorry.

Baru sahaja dia melelapkan mata, telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Huwaa! Lagi la aku stress cam gini. Aku ngantuk tahap tak ingat dah ni. Sekali. Dibiarkan. Masuk kali kedua dia tekan button angkat dengan malas sambil hati menyumpah tak berhenti.

“Hello.” Jawabnya malas.

“Wazzup, bro. malam masih muda la. Apa barang tidor awal-awal?” suara dihujung talian menjawab. Kemudian kedengaran ketawa meledak.

The number u have dialed is not in service. Please try later.” Shark malas melayan. Sapa entah main redah je kol tengah malam. Dia membukakan mata sedikit melihat jam loceng di tepi katilnya, 1.30 pagi.

“Sejak bila ko keje ngan call centre ni?”

Shark buat muka blur tak paham.

“Aku. Aqash.” Sambung pemanggil itu lagi.

Aku? Aqash? Aqash mana ni? Otaknya yang sedang kekurangan oksigen tu tak dapat nak memanggil memori dalam kotak ingatan sapekah insan bernama Aqash tu. Nilah padah kalau main basketball gaya tak ingat. No pain no gain konon. Sekarang sapa yang sakit otot segala ni. Sepetang menghabiskan masa layan kat court dekat dengan park ngan budak-budak satu taman. Pukul 7 baru menampakkan muka kat umah. Tu pun kira awal sebab hujan turun. Kalau tidak, azan maghrib berkumandang barulah dia menapak pulang.

Cousin apemende la ko ni? Sepupu sendiri pun tak ingat ke?” bebel si pemanggil.

Shark mencelikkan mata. Melihat skrin telefon. Aqash la. Adoi. Mau kena maki seminggu ni. Aqash ni bukan boleh kira sangat. Mau dia bercerita pulak pada kaum kerabat sepupu sepapat yang lain. Jatuh maruah aku kang sebagai sepupu terhensem dikalangan sepupu belah ayah. Haha. Shark gelak.

“Oit sepupu kesayangan. Kut iye pun rindu takle nak tunggu esok ke? Ni redah je call memalam cam gini.” Shark mula bersuara. Ok. Aku dah ingat. Sepupu paling hampeh pernah wujud. Tapi sepupu ni la jugak yang paling sehati sejiwa seia sekata. Kata Aqash: buat baik sama-sama, buat jahat pun kena la sama-sama. Ape punya prinsip entah dari benua mana dicedok. Tapi sama-sama dah tandatangan MoU walau tanpa kertas menyetujuinya.

“Ek? Sorry, bro. Aku tengah petang skang ni. Lupe lak zon waktu kita lain.”

Cis. Lempang kang baru tahu. Dah bertahun kat Nagoya tu, baru malam ni dia sedar zon waktu berbeza. Failed geografi betul la. Ke saja nak buat lawak Bima Sakti tetengah malam cam gini? “Pehal call ni? Tanya Shark.

“Saja nak bertanya khabar sambil mengeratkan silaturahim”. Jawab Aqash.

“Mesti bangga Cikgu BM kau.”

“Pehal?”

“Skema SPM punya jawapan.”

Dan ketawa meledak lagi.

“Let me guess? News dah tersebar sampai ke tanah Jepun ke?” soal Shark.

Aqash angguk. Body language. Tindakan reflex. Macam la nun jauh beribu kilometer si Shark nampak dia angguk.

“Semalam mak aku called. And ofcos la one of the topic is you, Mr Irfan Hakimi.”

Shark diam. Tangannya membetulkan rambutnya yang agak panjang. Lembut. Aku belai dengan conditioner hari-hari ok. Mak nya membebel dia buat derk. Ape kes nak rambut pendek-pendek gaya budak sekolah? Kan skang ni dia dah berjaya grad dengan jayanya dari alam persekolahan tu. Kemudian dia menggaru kepalanya yang tak gatal.

“Aku reject.” Tutur Shark rendah.

Oficially or unofficially?” Tanya Aqash.

Apa la Aqash ni. Kalau officially rejected, takdenya dia boleh dengar suara macho aku sedang berborak best camni tau. Silap haribulan kena penampar ayah aku terus bisu tak terkata apa aku.

“Baru cakap ngan mak aku. Mak aku ngadu kat mak kau la kan?” kata Shark.

Kemudian dia menyambung,“I hate bio or something that related with blood, vitamins, n organs n bla..bla..bla.” Shark memandang surat tawaran tajaan JPA di atas meja belajarnya. Kalau dia terima, maknanya lagi sebulan dia akan mendaftarkan diri untuk mengikuti A Level Medicine. Dr? Doctor wannabe? Huh! Aku tak pernah teringin nak meletakkan gelaran tu kat depan nama aku.
          
          “Apa-apa pun fikir. Istikharah.” Aqash bagi nasihat. Klise je bunyinya tapi bila dah dalam persimpangan dilema taktau nak buat apa, istikharah la jalan yang terbaik.

“Aku balik summer break nanti.” Sambung Aqash.

“OK.”

“Nak pesan apa-apa tak?”

Diam. Shark memikir. Entah ya entah tidak dia fikir. Gaya ikhlas ke tidak bertanya time aku blur cam gini.

“Tak.”Shark jawab sepatah.

“OK.”

Baru saja Aqash hendak mematikan talian, kedengaran Shark menjerit. “Nanti jap.”

“Pehal?”

“Kirimkan salam aku kat Maria Ozawa.” Kata Shark dengan nada tak bersalah. Lantas terus talian telefon dimatikan.

Gila! Aqash menyumpah dalam hati. Hampeh punya sepupu. Nama je top scorer SPM.