Saturday, 9 July 2011

EPISOD | 3

“Haru sungguh member aku ni. Usahkan rupa, gaya pun takde ex-sekolah agama langsung.” Anas pandang Shark atas bawah. Berkali-kali. Dengan muka tak percaya dan tergamam. Nak tergelak pun ada. Belum pun sempat melabuhkan punggung di atas kerusi sudah disoal begitu. Tanya la khabar aku ke dulu. Takde nilai sivik dan kewarganegaraan langsung, bebel Shark.
           “Apa kau ingat semua budak sekolah agama kena dress code ala ustaz dengan jubah-kopiah?” Balas Shark selamba. Dia sekadar mengenakan seluar jeans pendek paras lutut dengan baju tee tanpa kolar. Kedua-duanya dari jenama Evisu. Favourite quote: don’t judge book by its cover.
           Itu tanggapan pertama Anas terhadapnya. Setelah bertahun tak jumpa. Lepas UPSR, semua bawak haluan masing-masing. Anas memilih MRSM. Man pulak spesies homesick. Aku taknak duk hostel la, kata Man masa di tanya kenapa berkeyakinan sangat tolak tawaran dari SBP dan sanggup bersekolah harian berhampiran rumahnya. Adoi! Sedangkan Shark belajar di sebuah sekolah aliran agama sepenuhnya lelaki. Dia tak kesah pun bersekolah dimana. Tapi ayahnya menyuruh, dia angguk je. Best ape all boys school camtu. Apa kesah nak buat kepala jahat? Takde awek nak dijaga hati 24/7.
           Dengan Man selalu la dia lepak. Satu taman katakan. Anas je jarang join. Sejak Anas pindah ke daerah lain sebab ayah dia pindah kerja. Anak polis memang camtu kan. Asyik-asyik pindah.
           Shark memerhati sekeliling. Foodcourt Mall itu ramai juga pengunjungnya. Ada yang datang berdua, bertiga dan beramai-ramai. Ada juga kelihatan satu dua keluarga yang bersantai minum-minum.
           Ice lemon tea diteguk perlahan. Lega.
Dengan cuaca tengahari yang panas menggigit kulit di luar, berada di dalam tempat tertutup berhawa dingin begini memang satu nikmat yang tak terkata. Ni la akibatnya kalau pembangunan dibuat ikut-suka-hati mak bapak aku. Kesian pokok menjadi mangsa keadaan. Erk, ni apa kes tiba-tiba mud aktivis alam sekitar ni?
Tapi, kalau sejuk menggigit kulit sampai ke tulang kat UK nanti, mesti aku rindu ngan panas Malaysia ni. Aduh.
Sayu.
           Wassup, bro?” Tiba-tiba suara Man menerjah di telinganya.
           “Termenung je. Entah sampai planet mana dah kau berkhayal.” Kata Anas.
           Budak berdua itu merenungnya pelik. Dengan muka tak beriak, Shark senyum nipis.
           I’m OK.” Ujar Shark perlahan. Perlahan sangat sampai telinganya sendiri pun tak dapat nak mendengar butir bicara yang keluar dari mulutnya.
           Entah. OK ke? Eh, aku tanya diri sendiri. Sesungguhnya aku pun taktau apa kena otak aku ni. Semuanya sebab surat tu.
           “OK la sangat. Kalau gaya termenung sampai ke Pluto macam tu.” Kata Man.
           Shark ketawa. “Usahkan Pluto, nak lepas lapisan atmosfera tu pun belum lagi la.”
           “Jom blah, pusing-pusing Mall ni best gak.” Sambung Shark. Dari duduk melepak cam gini, sampai Mall ni tutup pun tak kan habis dorang bertiga berborak. Lunch cukup meriah macam sambut birthday je. Man belanja kek aiskirim Baskin Robbins. Shark pulak baik hati belikan Bucket Family Set KFC. Anas goyang kaki je la. Yela, takkan nak harapkan member tu belanja. Dia datang jumpa mereka pun dah satu rahmat. Kesian Anas memandu sendirian hampir sejam.
Shark dulu angkat punggung.
“Relax dulu. Makanan aku ni belum habis hadam lagi ni. Kang tak pasal-pasal kena sembelit pulak.” Anas buat muka malas nak bangun dengan alasan sarkastik yang tak berapa realistik.
Shark dengan Man buat derk je. Terus mengatur langkah keluar dari kawasan foodcourt tersebut. Anas pantas mengikut..
“Asal ikut?” tanya Man.
“Kata makanan tak terhadam lagi. Kitorang nak belikan pisang. Pisang kan sumber fiber yang baik untuk kesihatan.”Kata Shark pula dengan ton suara menyindir.
Banana split boleh?” Anas buat muka seposen.
“Kau pernah nampak pisang kena lenyek dalam tepung tak?” Shark bertanya gaya mafia. Anas yang berada dibelakangnya tak dipandang.
Ketawa meledak disitu. Dan langkah mereka bertiga beriringan berjalan.
Shark, please! Senyum dan gelak ok. Jangan spoil kan weekend ni dengan benda-benda yang tak perlu nak diambil kisah. Man ni pun satu. Apa takde isu lain ke nak cakap? Nak salahkan Man pun tak boleh jugak. Dia kenal aku in and out. Tapi depan-depan Anas dia cakap. Adoi. Takkan nak heboh satu benua Asia kot.
“Popular jom. Aku nak cari manga Gempak Starz la.” Shark bersuara. Manga selalunya ada unsur humor. Dan dalam situasi awan mendung kelabu sedang berarak atas kepalanya, membaca sambil gelak adalah terapi yang terbaik.
Everything will be ok, Shark.

No comments: