Friday 29 July 2011

EPISOD | 5

Alia berbaring santai atas sofa. Kakinya berlunjur elok sahaja. Televisyen terpasang. Spongebob Squarepants sedang bersiaran di TV9. Nampaknya sudah pukul 5 petang. Tapi matanya tidak pula tertancap pada kaca televisyen itu. Alia sedang khusyuk membaca majalah Galaxy. Memang takde keje sangat kan aku ni sampai majalah hiburan ni yang aku baca, gelak Alia dalam hati.
          
“Alia, takde ke majalah ilmiah sikit kamu nak baca?” tanya emaknya suatu ketika dulu masa dia tengah syok membaca majalah ni. Padahal masa tu baru je lepas trial. Orang lain ke hulu ke hilr dengan notes, dia melenggang dengan mags.

“Ala mak ni. Kakak baca sebab nak improve English. Mak pun tahu kan kakak punya English cukup-cukup makan je. Takmau la kakak nanti keputusan SPM tak cantik.” Lancar sahaja jawapan Alia berikan pada emaknya. Jawapan merapu tahap tak logik takpe, janji confident lebih.

Ilmiah? Teks Literature in English pun tak pernah khatam. Tiap kali kelas English, mula la dia buat muka mengantuk. Pernah sekali sampai Puan Raisyah membalingkan marker pen ke arahnya. Kena tepat pada dahi. Adeyh! Sakit. Sudahla kena gelak satu hal. Siapa tak mengantuk kalau tengahari kena belajar poems. Kalau pagi-pagi bolehla terima lagi. Otak tengah fresh. Sesegar fresh orange. Dengan sebutan Teacher memang pekat British. Seksa ok. Tapi Teacher Raisyah best. Siap menyanyi –nyanyi lagi dalam kelas. Terhibur la juga.
          
Majalah itu dibelek-belek. Tengok gambar artis Hollywood yang kacak bergaya. Kemudian berangan sorang-sorang, kan best kalau tiba-tiba Ben Affleck ketuk pintu rumah dan datang meminang. Erk, mungkinkah akan terjadi dirimu aku miliki? Nyanyian Tam Spider pula bergema di radio. Kacau la.
          
“Adik! Slow kan sikit radio tu boleh tak?” Alia menjerit kuat.

Adik ni pun satu. Petang-petang masa kakak dia nak bersantai ni la di pasangnya radio kuat-kuat. Hari ni offday. So, boleh la dia berehat-rehat. Ye, berehat sepuas-puasnya. Kerja dalam bidang services industries ni sangat penat ok. Ceh, bunyi cam jawatan besar sangat je. Padahal jadi kuli kat McD tu je. Hehe. Majalah ni pun dah beberapa hari tersadai elok atas meja. Nasib baik beli majalah ni adalah pada hari Sabtu bersamaan dengan Hari Tanpa Plastik Malaysia. Jadi lepas beli terus masuk beg. Sampai je rumah, keluarkan dan letak atas meja. Kalau tidak, mesti majalah tu masih lagi bersenang lenang dalam plastik bungkusan.

Sebab nak beli majalah ni la berlakunya eksiden yang tak disengajakan itu. Aduhai! Ni apa kes ingat pula pada peristiwa satu petang nan indah permai di kedai buku. Wajah budak lelaki itu terlayar di ruangan mata. Ada rupa. Ada style. Tapi kan lagi la hensem kalo muka tu senyum sikit. Ini tidak, takde perasaan je aku tengok.  Alia mula menjalankan analisis sosio-ekonominya. Oh ye, semasa Alia cepat-cepat ingin berlalu dari situasi genting itu, dia memandang sekilas. Mesti jejaka hensem tu tak perasan kan.

“Mak suruh adik pergi kedai ni beli santan. Kakak nak kirim apa-apa tak?” tanya adik Alia. Alif, adik bongsunya sudah siap berada dimuka pintu.

“Kakak, nak makan pisang goreng tak? Petang-petang camni makan pisang goreng best kan kak.” Adik Alia bersuara.

“Best!” kata Alia sepatah. Teruja. “Lagi best kalau ada sekali ngan ABC, air kelapa. Ha! Cempedak goreng sekali.” Sambung Alia. Di matanya sudah terbayang keenakan makanan tu semua. Sedap hingga menjilat jari tangan beb. Jari kaki tak kira. Tu tak senonoh namanya.

“Apa makan banyak sangat ni? Bak duit. Mak bagi cukup-cukup je ni. Setakat pisang goreng boleh la lepas.” Adiknya merungut.

“Adik tambah la duit sendiri. Kedekut la. Dengan kakak pun nak berkira.” Alia masih lagi menghadap majalahnya. Kemudian kedengaran skuter kesayangan dihidupkan enjin. Adik dah ke kedai la tu. Haha! Alia gelak kuat-kuat. Berjaya juga aku mengepau adik. Padan muka.

Lepas beberapa minit, adiknya pulang. Kedai bukan jauh sangat pun. Depan tu je. Dalam kawasan kampung ni juga. Alia melihat barang-barang yang berada ditangan adiknya. Semua yang dipesan tadi lengkap. Dari makanan bergoreng hingga la minuman penyejuk tekak. Alia agak musykil. Banyak pulak duit adiknya nak belikan itu semua. Alia tertanya-tanya sendirian.

“Takyah pandang-pandang jelling-jeling camtu. Semua ni duit kakak. Sebelum adik keluar adik dah ambil duit dari purse kakak.” Adiknya buat muka tak berdosa.

Alia dah keluar aura marah dan geram. Hampeh punya adik.

Adiknya tersenyum manja.

“Sebab adik beli banyak camni, abang kedai tu kasi hadiah. Tapi adik dengan ikhlas nya bagi dekat kakak la. Kan semua ni duit kakak.” Adiknya menghulurkan sampul surat berwarna biru. Sampul surat kecil beberbentuk segi empat panjang.
          
Buat Alia tersayang.
          
Tertulis jelas dihadapan sampul surat itu. Terbuntang mata Alia melihatnya. Sayang? Mamat jiwang dari planet mana ni.
          
“Adik, mana santannya?” mak tiba-tiba muncul dari arah dapur. Alia cepat-cepat menyelitkan surat itu ke dalam majalah yang sedang dipegangnya. Jangan kantoi dengan emak sudah.

 Ish sape la gaya kuno bagi surat ni. Orang pakai emel la. Takpun YM, Skype. Adakah ini lelaki jelmaan zaman retro 90 an? Ketika zaman teknologi baru nak berkembang maju dan telefon bimbit itu satu alatan yang eksklusif? Tapi no.telefon aku pun dia taktahu. Takkan nak aci redah je ketuk pintu rumah bagi salam dan dengan ramah tamah kata boleh saya berkenalan?

“Kakak, jom la makan. Apa termenung? Macam terkena sumpah cinta je. Ni baru tengok surat. Belum lagi tengok orang yang baik hati bagi surat.” Adiknya membebel. Alia, berhentilah bermimpi. Kalau nak sangat bermimpi pun, tunggula malam nanti. Ini siang hari. Kata orang, mimpi disiang hari takkan jadi kenyataan. Jap. Mimpi malam hari boleh jadi realiti ke?
Kata adiknya, abang kedai. Setahu Alia, yang meniaga kat kedai tu adalah Pak Ali. Takkan Pak Ali kot bagi surat. Mahu kena kejar marathon keliling kampung dengan isterinya Mak Senah. Abang mana pulak ni?

Alia tertanya-tanya sendirian.

No comments: