Sunday 23 October 2011

EPISOD | 6

Telefon Alia berbunyi menandakan ada pesanan masuk ke dalam inbox nya. Jari jemari Alia pantas membuka inbox telefonnya. Alia mengerutkan dahi. Anonymous. Nombor yang tak dikenali. Haish. Makhluk asing mana pulak ni yang cuba mengurat aku ni, dia berfikir sendirian. Erk, logik sikit Alia, makhluk asing planet mana yang sudi nak berkenalan ni? Kalau Clark Kent, si Superman dari Planet Kripton tu takpe. Memang dia rela. Kecil tapak tangan, gunung Kinabalu dia tadahkan. Mesej yang diterima itu dibukanya. Terbeliak matanya membaca satu persatu aksara yang muncul di atas skrin.

-       Salam. Dapat tak surat saya?

Surat? Surat yang disampulnya tertulis ‘Buat Alia tersayang tu’? Oh. Belum pun habis misteri siapakah pengirim surat itu, timbul mula pertanyaan lain. Dari mana pula dia boleh dapat nombor telefon aku ni. Hidup aku ni memang penuh tanda tanya agaknya ye, Alia berkata sorang-sorang. Alia cepat-cepat menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar. Alamak, camne dia boleh lupa ini waktu kerja.

“Saya nak McFlurry Strawberry.” Suara pelanggan tiba-tiba kedengaran di kaunter.

“Perisa apa?” tanya Alia dengan penuh keyakinan sambil tersenyum megah. Pelanggan lelaki dihadapannya macam khusyuk je membilang beberapa notes RM1 yang dikeluarkan dari wallet. Alia tidak dapat memerhatikan muka lelaki itu dengan jelas kerana terlindung oleh cap Adidas berwarna hitam yang dipakainya.

“Erk…” budak dihadapannya angkat muka. Terkesima sekejap. Wait a minute. Suara ini pernah aku dengar dulu. Tapi dimana ya? Ujar Shark sambil mengulang dialog Yassin dalam filem Senario Lagi. Pekerja McD dihadapannya direnung. Shark mengerutkan dahi cuba mengingati.

Ya Allah. Mamat kat bookstore aritu! Alia terkejut. Cool, Alia. Entah-entah dia tak perasan pun. Alia masih cuba senyum.

Strawberry tu bukan perisa ke?” tanya Shark selamba dengan menampakkan barisan giginya yang putih bak iklan Darlie itu.

Alia rasa macam nak hilangkan diri je dari situ. Doraemon, tolong pinjamkan pintu serbaguna tu kejap boleh tak? Sudahla tadi mukanya pucat melihat kelibat mamat tu, sekarang ni rasa hampir nak pitam. Silly mistake! Strawberry tu confirm la perisa kan? Yang gatal mulut nak bertanya lebih lanjut tu kenapa. Itulah, masa kerja bukan masa yang sesuai untuk check mesej ye cik Alia.
_____________________________________________________
“Alia, kau ni kenapa? Tu la masa kerja boleh pulak berangan sampai ke langit ketujuh. Tau dek en.Manager, mau kena fired kau tau.” Bebel Dira tak sudah. Ya, cik Dira. Tu semua salah saya ok. Sudah-sudah la tu. Kalau suara tu ala-ala sopan santun perempuan melayu terakhir takpe gak. Ini berapa decibel entah. Kalah bunyi flight turun naik kat airport. Jabatan Alam Sekitar, kalau nak saman Dira atas kesalahan pencemaran bunyi, silakan. Gegendang telinga dah tak boleh nak tahan dah. Tapi Alia harus akui, sepanjang perkhidmatannya ditempat kerjanya, banyak silap dia buat. Hampir terlewat itu perkara biasa. Belum lagi bab salah tekan mesin masa ambil order. Nasib baik dapat en.manager yang sangat caring. Kalau tidak alamat sehari je la dia sempat bernaung dibawah payung I’m Lovin’ It tu.

Alia buat muka selamba. Lembut sahaja angin petang menampar pipinya. Habis syif tadi terus sahaja dia mengajak Dira ke sini. Boleh cuci mata, bisik Alia nakal. Kut la kan ada mamat ensem sedang beriadah disini. Tak perlu nak keluarkan duit beli eye-mo, cukup saja dengan melihat pemandangan yang indah itu.

Semasa incident tu berlaku tengahari tadi, Dira ada dikaunter sebelahnya. Mau gelak sakan makcik tu dekat Alia. Tu la, siapa suruh buat lawak tak kelakar macam tu. Tapi lagi la tragik kalau customer itu dapat mengecam Alia. Kang tak pasal-pasal McFlurry yang sejuk tu bertempek dimukanya macam orang pakai scrub. Alia dapat merasakan aura berapi yang sedang membahang di muka pelanggan itu.

“What’s next?” tanya Dira.

“Next?” Alia buat muka blur. Next chapter? Next stage? America’s Next Top Model?

“Ni malas aku cakap dengan kau ni. Saja je kan buat tak paham.” Dira tarik muka.

“Apa?” bentak Alia. Dah aku tak paham aku memang tak paham la. Takkan nak buat-buat paham kot. Kang apa yang aku paham lain dari apa yang dia tanya kang, masalah dunia pulak nanti jadinya.

“Ye la, sampai bila kita nak kerja dengan Ronald McDonald tu?” Dira bertanya menyambung bicara sambil mulutnya mengunyah french fries.

Alia diam. Takdela dia plan sampai bertahun mahu bekerja disitu. Cuma dia sendiri tak pasti sampai bila dia bergelumang dengan Chicken Cheese burger, Mc Chicken, bubur ayam McD dan segala jenama di bawah McD itu.

“I’ll quit.”kata Dira.

Sepantas kilat Alia Alia menjerit terkejut.”What?” Dira, please. Jangan la buat pengakuan mengejutkan macam tu. Bukan kita sama-sama dah janji ke nak kerja dulu, enjoy puas-puas baru fikir pasal further study.

“Kau camne?” tanya Dira lagi. Dia menghulurkan french fries yang berada ditangannya kepada Alia.

“Macamne ape?” soal Alia kembali. Tangannya menyambut paket french fries itu.

“I’m really, sorry ok. Aku nak sambung belajar. Offer poli tu takkan aku nak tolak.” Maafkan aku Alia. Dira dihimpit rasa bersalah teramat sangat. Ye, sangat bersalah. Maafkan aku Alia, aku ada impian aku sendiri.

Lama Alia diam.

Sampai hati kau Dira. Tinggalkan aku sendiri. Keseorangan.

Alia cuba mengukir senyum. Airmata yang cuba menitis disekanya cepat-cepat. Dia harus gembira atas kejayaan sahabat baiknya itu.
            
           “What course?” Alia bertanya sambil tertawa sedikit. Girang. Chill, beb.
            
             Dira senyum lagi, menampakkan barisan giginya yang putih.

              “Secretarial Science.”
            
             Alia cuba menahan ketawa. “What?” soalnya. Ketawanya pecah berderai juga akhirnya biarpun sehabis daya usaha jaya ditahan dari meledak.
           
             “Aku dah agak kau akan gelak punya.”
_____________________________________________
“Kau tak rasa aneh ke?” Dira bertanya kepada Alia. Alia pandang tepat wajah Dira yang kelihatan cuak dan serba salah.

“Apa?” tanya Alia kembali.

“Kelas ni la. Kau tak rasa seram ke?” Dira bertanya lagi. Alia pandang sekeliling kelas. Kelas cun. Warna biru laut yang baru dicat elok saja kelihatan. Meja tersusun rapi. Whiteboard didepan putih bersih tanpa calitan sebutir huruf pun. Kipas berputar laju. Nyaman la juga. Cahaya matahari yang sedang naik cuba menembusi bilah-bilah cermin tingkap.

“Ok je.” Jawab Alia sepatah selepas puas bebola matanya memerhati sekeliling sambil menganalisis keadaan yang dikatakan seram oleh Dira tadi.

“Alia, cuba kau lihat kat tepi, belakang.” Arah Dira.

Alia menoleh ke tepi. Kedudukan mejanya berdua bersama Dira betul-betul ditepi pintu depan.

Alamak. Baru dia perasan. Semua lelaki. Mana pelajar perempuan ni? Ha, sudah. Bijak sungguh Dira ni.

“Tu la kau, aku nak ambil akaun kau taknak. Konon girlish la.” Cebik Alia.

Dira ingin menjerit terlolong je kat situ. Dia sengaja paksa Alia ambil kelas engineering sebab dia taknak belajar Ekonomi Rumah Tangga. Biologi dan akaun tambah ERT bukanlah satu kombinasi yang sesuai. Fizik campur Lukisan kejuruteraan dan teknologi kejuruteraan nampak lebih cool. Cool lah sangat kan Dira.

Dan sekarang bila Dira memilih Secretarial Science, oh. Dan oh, mahu gelak tiga hari tiga malam dengan Alia.

Kalau Dira dah quit? Aku camne? Alia melemparkan pandangan tak bermakna ke arah alir sungai yang mengalir perlahan. Petang semakin menghampiri garis senja. Bayang matahari kian hilang perlahan-lahan. Alia dan Dira angkat punggung. Esok pasti lebih baik, bisik Alia pada diri sendiri. Entah lah samada itu ayat memujuk diri sendiri untuk menenang hati yang tiba-tiba kacau atau dia benar-benar berharap esok akan lebih baik dari hari ini. Come on, Alia. Big girls don’t cry!