Wednesday 2 November 2011

EPISOD | 7

Surat tawaran A Level Medicine yang terletak di atas meja tepi katilnya tu dipandangnya berkali-kali. Sudah masuk kali ke berapa puluh entah dia menjeling, memandang, merenung surat itu sejak surat itu sampai ke tangannya. Surat itu tidak pula dia buka. Yang dia sedia maklum isi kandungan surat tu sebab ayah yang bagitau. Ayah yang baik hati tolong tengok apa dalam surat tu. Dia? Langsung tak ambil kisah. Mak pulak apa lagi excited la sebab dia dapat offer tu. Padahal ayah yang tolong isi-hantar segala borang-borang tu. What a nice daddy.

Shark mengeluh perlahan.  Lampu tidur dinyalakan. Bilik yang tadinya gelap kini bercahaya samar-samar. Dengan menggunakan alat kawalan jauh, dia on kan Hi-Fi yang berada di sudut tepi sebelah kanannya. Lantas berkumandang muzik Metallica. Angin apa entah tiba-tiba menyerang. Metallica ni. Tengah-tengah malam pulak tu. Volume cepat-cepat direndahkan. Bimbang seisi rumah mendengar lantunan kuat Kirk Hammet menggoreng gitar.

Time camni la dia paling tak suka. Serabut. Semua benda dia buat serba tak kena. Tapi dia cuba cool. Masih meneruskan aktiviti harian macam biasa. Basketball petang-petang tetap juga dia layan. Sibukkan diri dekat park. Lepak-lepak buat dia rasa lebih best. Masa terluang terisi juga. Seolah-olah enggan memberi ruang pada diri sendiri untuk menimbang betul-betul.
            
           Satu perkara harus dia akui: membuat keputusan bukanlah termasuk dalam perkara yang dia paling gemar. Dia seorang yang simple. Shopping. Masuk kedai dia mahukan dan pilih. Tak perlu berjam-jam jelajah macam Le Tour de Langkawi.  Tak macam sepupunya, Elisa. Cukuplah sekali Shark temankan dia shopping. Seharian. Secara teorinya, memang girl lebih cerewet ek bila bab shopping ni? Makan. Shark makan apa saja asalkan kena dengan tekak. Antara Dunkin Donuts dan Big Apple, dia tanpa ragu-ragu akan pilih Big Apple. Senang kan.
            
            Tapi.
            
           Itu semua perkara kecil la. Tak melibatkan masa depan. Kalau baju tu tak sesuai dengan kita, boleh aje exchange. Takpun beli lain. Jika beli Dunkin Donuts sekalipun, nak tak nak telan jugak. Kan?
            
           Masa dia main game kat ruang tamu tadi, adiknya menegur, “Mak, tengok Along ni. Baru kena decide pasal further study, dah menggelabah semacam. Ini kalau mak suruh carikan calon isteri macam mana la gamaknya kan, mak.”
            
             Shark buat tak peduli. Dia tetap concentrate pada game yang terlayar di kaca TV.

Ayah ambil pendekatan mendiamkan diri. Perang psikologi agaknya. Shark rasa dia dah hampir kalah. Tengok ayah ambil pendekatan bertahan. Seoalah-olah tak de apa pun yang berlaku. Mungkin jugak sebab ayah pun balik rumah seminggu sekali je, atau lebih tepat lagi hujung minggu. Tugas ayah sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik memang busy memanjang. Tambah-tambah bila ayah dah naik pangkat dan bertukar ke Pulau Pinang.

__________________________________________

Petang semalam masa Shark hantar ayahnya ke airport untuk flight ke Penang, ayah sekadar diam membisu. Tak bertanya sepatah pun tentang offer tu, sedangkan dia perlu membuat keputusan dengan cepat. Tarikh penerimaan tawaran tinggal beberapa hari saja lagi.

“Singgah Queenspark jap.” Ayahnya member arahan. Shark buat muka pelik. Dahinya berkerut. Apa ayah ni, nak buat apa singgah kat situ? Ayah buat muka selamba. Sambil membelek iPAD nya mencari apa entah.

Shark menekan pedal minyak. Jalan menuju ke Queenspark City agak lengang. Petang Ahad bukanlah hujung minggu yang busy macam KL. Ni Kota Bharu beb. Siapalah yang nak keluar berlibur sedangkan jam belum pun mencecah angka 2 semata-mata untuk ke Queenspark. Sekadar bermain bowling? 24 jam pun boleh. Petang-petang nanti mungkin ramai yang akan berkunjung untuk swimming.

Semasa memasuki kompleks itu, Shark memperlahankan kenderaan. Mencari tempat mana yang boleh diparking. Ketika melalui Tutti Frutti, ayahnya menyuruhnya berhenti. “Stop.” Shark parking betul-betul dihadapan kedai aiskrim yogurt itu.

“Jom.” Ajak ayahnya. Ayahnya sudah meloloskan diri keluar dari kereta kancil putih itu.

“Flight lambat lagi kan.” Ayahnya menyambung bicara.

Ok. Shark angguk. Patutlah beria ayah suruh Shark hantar awal ke airport. Selalunya flight ayahnya pukul 4.30 petang. Nak singgah sini dulu rupanya. Tapi ok ape. Nak tunggu aku datang semata-mata kerana aiskrim ni, jangan haraplah, ujar Shark dalam hati. Ye la, habislah elaun bulanan kalau tiap-tiap minggu datang. Sekali makan mahu dah berapa. Dah sama dengan harga satu novel Sophie KInsella yang dia memang beli tiap-tiap bulan.

“Apa lagi Along menungkan tu?” Ayahnya dah masuk ke dalam kedai. Sedangkan Shark baru saja menutup pintu. Belum pun tekan alarm untuk mengunci pintu kereta. Itulah Shark, termenung lagi.

Get cup size. Choose flavor. Add toppings. Weigh and pay. Ok. Siap.

“Along dah decide belum nak terima offered tu atau tak?” Ayahnya bertanya tiba-tiba. Shark yang sedang enak menikmati yogurt Blueberry with fruity pubble topped tersedak kecil. Ehem. Ehem.

Ayahnya masih leka dengan iPAD sambil menyuap satu sudu yogurt itu ke dalam mulutnya. Gayanya macam menanti jawapan dari Shark je.

Serius. Bila ayah dah buka mulut macam ni, dia dah masuk fasa taktahu nak buat apa dah. Taktahu nak menyusun ayat yang macam mana yang boleh sampai pada maksud: Along taknak la ayah. Tapi macam kan dia sanggup nak menzahirkan frasa itu dihadapan ayahnya. Haish. Shark mengeluh perlahan.

Dia membetulkan tempat duduk yang sedia elok. Cuma nak nampak lebih selesa. Dan menyuapkan satu sudu lagi ke dalam mulutnya. Seakan mencari sedikit kekuatan. Padahal jujurnya Shark langsung tak bersedia nak berdepan dengan ayahnya. Lemah longlai je rasanya. Tapi tetap berlagak tenang. Cool, Shark!

“Along taktahu la, ayah.” Akhirnya Shark membuka mulut. Mengakui perkara yang sebenarnya. Ya, dia memang taktahu nak buat keputusan. Untuk berkata tidak secara terang-terang nampak sangat dia buat keputusan tak timbang baik buruk.

Ayahnya senyum. “ Along dah besar kan. Takkan Along taktahu apa yang Along nak.” Ayahnya menyambung bicara.

“Ayah pun tahu kan, Along prefer architecture than medical school.”  Shark bersuara memberi hujah.

Ok. Ayah diam. Hujah tak berbalas. Shark tunggu. Dan tunggu. Tapi ayah Cuma diam tak berkata apa. Sampai suapan terakhir pun ayah diam seribu bahasa. Shark pula rasa bersalah kerana macam dia menyalahkan ayahnya kerana offer medic itu. Seolah-olah nak cakap: Along tetap nak ambil architecture. Shark sendiri tak pasti, ayah diam atas sebab apa. Kecewa dengan dia? Atau mengikut saja kata Shark.

Tapi sebelum ayahnya memasuki departure hall, ayahnya berpesan, “ Walau apa pun yang Shark pilih, i’m OK.” Dan Shark menyalami ayahnya. Ayah, jangan buat Shark serba salah boleh tak? Nak kena piker lagi. Aduhai, Akif cepatlah balik Malaysia! Boleh juga aku curahkan isi hati aku ni, ujar Shark dalam hati dengan nada sangat pasrah.

__________________________________

Pandangannya kemudian jatuh pada sketchbook yang elok saja terletak di atas meja study. Shark bangun dari katil dan dengan pantas mencapai sketchbooknya itu. Hmm. Baru dia teringat sesuatu. Tentang gadis blur yang ditemui di McD beberapa hari lepas. Raut wajah itu macam biasa dia nampak. Tapi dia lupa. Betul-betul terlupa dimana. Shark, agaknya dah berapa ekor semut kau tertelan ni? Sampai benda macam ni boleh lupa. Formula Fizik tu boleh pulak kau memorize kan satu-satu.

Shark melihat tajam satu persatu hasil lakarannya. Cuba mencari apa yang dia mahukan. Yang ni bukan. Yang ni pun bukan. Shark dah buat muka berkedut seribu. Lagi dan lagi dia membelek rakus. Mana aku letak skectch aritu ni, Shark menyoal dirinya sendiri.
            
         Tiba di muka surat pertengahan, mata Shark mula bersinar harapan. Bibirnya mengukir senyum. Yang paling manis. Ok. Dan akhirnya bertemu juga.
            
            Ingin saja Shark menjerit. “Kan aku dah cakap. Memang dia.”
         
         Dan muzik rock yang bingit yang memenuhi ruang biliknya dah kedengaran seperti petikan piano Mozart di telinganya. Alunan lembut dan mesra. Macam dikelilingi bunga-bungaan yang sedang mekar.