Friday 1 July 2011

EPISOD | 2

Shark terkocoh-kocoh bersiap. Rambut disapu wax Bounce Brylcreem. Dengan menggunakan jari jemarinya dia pantas membentuk gaya yang diinginkan. Apa lagi kalau bukan dengan gaya korea la. Apa guna beb kalau rambut panjang cam gini nak buat gaya skema cam masuk kadet polis. Ok. Siap. External Hard Disk berjenama Western Digital kesayangannya dimasukkan ke dalam sling bag. Disemburkan pewangi sedikit. Ok. Good. Handsome plak aku rasa hari ni, Shark ketawa dalam hati. Handphone: checked. Wallet: checked. Jam tangan: checked. Apa lagi ya? Cap.

Hon kereta berbunyi berkali-kali. Kot ye pun, reti la sabar sikit. Shark terus keluar dari bilik.

“Mak, Along nak keluar ni. Lepak ngan Man jap.” Laung Shark dari muka pintu sambil kakinya mengenakan sneakers Converse biru navy. Mak time-time cam gini ada kat dapur la. Tengah masak untuk lunch. Ayah keluar agaknya. Weekend cam gini. Rumah sunyi je. Adik-adik pergi tusyen belum pulang lagi. Kalau tak, mahu memekak dorang kat umah kacau aku tidur je, bebel Shark.

Kelihatan Man sedang menanti dengan Viva putih.

“Apa besar sangat pangkat kau sampai berjam aku kena tunggu?”. Ish Man ni pun. Baru je aku duduk ni dah nak membebel dah. Nenek aku pun takde nak bebel cam dia. Spoil mood la.

Sorry.” Kata Shark sepatah.

“Apa plak reason kau kali ni?” Tanya Man.

Alarm clock abes bateri. Lupa nak tukar yang baru.” Agak-agak logik tak alasan tu? Berapa agaknya peratus confident interval Man terhadap alasan merapu aku tu. Hehe.

“Bro, ada ke tidak alarm tu sama je. Kalau dah tidur memang payah kau nak bangun.” Ok. Mengalah. Man dapat menepis alasan tak bape logik itu. Last-last aku juga yang kena, kata Shark perlahan.

Semalam tidur dah lambat. Dahla badan penat, melayan pulak Aqash called. Ada hati nak bangun awal. Lepas Subuh tadi , tidurnya bersambung. Bangun tadi pun, sebab mak yang kejutkan. Katanya Man dah tercongok menunggu kat depan rumah. Mahu tak kelam kabut bersiap. Setengah jam terlambat. Padahal semalam Man dah SMS dia siap-siap. “Bro, 11 a.m esok.” Tapi baru tadi dia baca mesej tu.

Habis je SPM aritu, sampai la sekarang aktiviti hariannya tak banyak berubah. Lepak kat umah, petang-petang main basketball. Sesekali main futsal malam-malam. Takpun keluar ngan kawan-kawan. Waktu senggang yang lain hanya diisi dengan mengadap laptop ngan TV. Banyak benda boleh dibuat ngan benda tu. Online tentunya. Korean dan Japan series banyak lagi untuk dilayan. Ada entah berapa gigabytes. Mula-mula ayah bising gak, apa nak jadi entah ngn anak teruna dia ni. Shark cuma pekakkan telinga. Argh, janji dia tak buat benda jahat. Ayah pun dah malas nak bising-bising.

Oh, lupa. Selain bergelar pelepak terbaik dia juga bertugas sebagai pemandu tak bertauliah. Lesen kereta dan motor dah siap. Senyum je ayah. Kata ayah, senang sikit ayah. Takdela asyik kena teman mak kamu pergi beli barang dapur ngan ke pasar. Daripada kereta tersadai camtu, baik kamu yang pandu. Kereta kancil tu ayah beli untuk memudahkan mak hantar dan ambil adik-adik dari sekolah.

Dan mak, ambil kesempatan la plak.
Along, jom teman mak  pegi pasar.
Along, jom teman mak pergi rumah Mak Ngah. Ada kenduri.
Along, jom temankan mak tengok kan kain kat Jakel. Ada jualan murah la.

Aduh, mencabar kesabaran sungguh. Adik-adiknya pun sama naik.
Along, rasa nak mandi pantai la. Sabtu ni kita g pantai nak?

Ye, boleh adik-adikku. Along kan baik. Tugas menghantar dan mengambil adik-adiknya secara rasminya diambil oleh Shark.

“Ke mana kita ni?” tanya Shark. Viva mula memasuki jalan utama. Man pandu pada kelajuan sederhana. Sabtu camni besa jalan jammed. “Ha..jangan lupa mintak external ngan aku. Kau copy masuk cite best punye.”
          
Man kerling Shark dengan muka serius dibuat-buat. “Best yang camne tu?” soalnya sambil angkat kening sebelah gaya Ziana Zain.
          
“Takyah la wat muka serius separa jahat camtu.  Jangan keji sangat masukkan cite merapu dalam external aku tu.” Kata Shark.
          
Man gelak je.
          
“Kali ni kau nak tema apa? Artistik giler ala Shakespeare ke hi-tech ala Transformers?”

“Taste aku la.” Kata Jawab Shark pendek. Nampak sangat malas melayan. Ngantuk. Tidur lagi bagus. “Romantic comedy la. Tepu dah mata aku layan cite pilot & flight kau tu.” Rungut Shark.  Alih-alih pilot. Alih-alih flight. Kemaruk sampaikan stewards punye story pun dia rembat tengok. Man oh Man! Itu je la. Nak masuk akademi penerbangan confirm proposal tu dah awal-awal kena tolak tanpa boleh membuat rayuan oleh ayahnya.
          
Kata ayahnya: “Kalau Man asyik terbang ke sana ke mari, siapa nak tengok-tengok kan bisnes ayah?” Belum sempat Man buka mulut bagi alasan ayahnya dah letakkan tanda nokhtah. Kalau koma takpe lagi, ada la harapan nak buat muka kesian. “No excuses.”
          
Nasib la kau Man. Anak businessman. Kakaknya awal-awal lagi surrender. Memang takmau ada kaitan langsung dengan industri kraftangan ni. Usahkan bakat kreatif nak design barangan, bakat marketing pun dia tahu dia memang takde. Nak asah kedua-duanya bukan perkara senang. Kalau main core dah level zero, camne agaknya business yang ayah dia bina bertahun-tahun tu mau survive.
          
“Kau cadang sambung apa nanti?” tanya Shark lepas je result SPM kua. Masa tu tengah lepak kat tepi jalan tengok flight naik turun kat airport Sultan Ismail Petra. Man, bukan setakat jadual penerbangan dia hafal, sanggup menghabiskan duit mengumpul model-model aeroplane MAS. Elok je tersusun dalam almari kaca dirumahnya. Fanatik tahap apa entah! Bukan murah model-model tu semua.
           Man sengih muka kelat. “Econs.”
           Shark buat muka kelat.
“Finance maybe.” Sambung Man. Bertambah kelat muka Shark.
“Or accounts”.
Diam.
Kebetulan ada flight yang bakal mendarat. Mereka berdua memberikan penuh perhatian. Mungkin bagi orang lain takde apa benda camtu, small matter je kata orang putih tapi bagi Man, itu la detik yang terindah. Tengok kapal terbang naik turun waktu malam. Rela menunggu malam-malam bila ada kelapangan. Nak-nak time tak terikat dengan sekolah ni, lebih-lebih lagila ada kelapangan.
Diam.
Dan membiarkan lampu landasan ditutup.
Diam lagi.
“Susah macamna pun Newton Law tu nak bagi paham, aku lebih rela mengadap benda tu dari kena paham supply & demand punya law.” Kata Shark. Dia pandang Man. Man hanya membalas dengan senyum entah apa maknanya.

“Lepak Mall la. Ok?” tanya Man. Khayalan Shark terus mati disitu. “Aku dah contact Anas semalam. Dia on je,” sambungnya.

“Hmm..” Shark jawab malas. Serius. Aku memang ngantuk, katanya dalam hati. Dan tak sampai beberapa minit lepas tu, dia mulai lena. Man tengok geleng kepala je.

No comments: