Friday 22 July 2011

EPISOD | 4

Ops! Sorry.” Gadis itu bersuara selamba. Pandang muka dia pun tidak.

Shark terkebil-kebil. Beberapa manga yang berada ditangannya jatuh. Dah la main langgar tak tengok kiri kanan. Ni sah kalau bawa kereta, habis segala mak nenek traffic light main aci redah je. Kot ye pun, berhenti la kejap tengok aku ni luka parah ke tidak. Boleh parah ke? Hati aku yang parah ada la. Siapa tak sakit hati kalau kena macam tu. Siot je budak tu. Nasib baik muka cun. Dalam kelam kabut kena dia dan manga yang dipegangnya jatuh bertaburan, sempat lagi dia mengerling sejenak. Oh, indah sungguh pemandangan. Haks! Shark hanya memerhati lenggok gadis itu yang berlalu seoalah-olah tiada apa yang berlaku. Kurang sivik punya orang, sumpah Shark dalam hati. Ni tak boleh jadi ni.

“Saudari.” Panggilnya kuat sejurus selepas dia berdiri. Kuat ke? Agak kuat sehingga hampir separuh dari pengunjung bookstore itu mengalihkan paerhatian kepadanya. Hello, suara aku. Suka hati la oi. Tapi selepas beberapa ketika, tiada siapa pun yang ambil peduli. Gadis itu sendiri entah ke mana hilang. Takpe, muka dia aku ingat, balik rumah nanti, aku akan sketch muka dia, bisik Shark dalam hati. Jumpa kat mana-mana siap anda. Macamlah besar sangat bandar ni. Sana sini situ, alih-alih jumpa orang sama juga.

“Oit, ingat best sangat ke suara kau tu sampai menjerit-jerit camni. Ni bukan funfair konsert rock la. Chill, bro.” Man menegur dari belakang. Dia yang dari tadi berada di bahagian majalah bersebelahan dengan bahagian komik dan manga datang menjenguk Shark. Terkejut juga tengok Shark berang camtu. Bukan ada apa pun. Terjatuh je tapi marahnya macam la ada luka patah kat mana-mana. Mood tengah tak betul macam monsun timur laut kat pantai timur masa musim tengkujuh je gayanya. Ada la tu yang tak kena. Man tolong Shark mengutip barang Shark.

“Anas mana?” soal Shark dingin.

Toilet la.” Jawab Man. Apa Shark ni tanya, lepas je keluar dari foodcourt, Anas terus minta permission ke toilet. Hanya dia dan Shark sahaja yang masuk ke dalam bookstore itu.

“Bertapa ke apa budak tu. Lama dah kot.” Tak jumpa pintu toilet ke budak tu. Ke sesat? Perlu tak buat announcement mencari kawan hilang sama macam pihak pengurusan announce mencari ibubapa kepada kanak-kanak yang dijumpai keseorangan.

Shark kerling jam Casio ditangannya. Elok saja menunjukkan tepat jam 3.00 petang. “Surau jom. Zuhur belum lagi ni.”

“Nanti aku text Anas suruh dia tunggu sana.” Kata Man. Apa benda la Anas ni buat kat toilet tu. Sembelit kot.

“Tunggu jap. Aku belum bayar lagi barang-barang aku ni. Kau tak beli apa-apa?” tanya Shark setelah dia melihat Man tak memegang apa-apa. Shark memerhati kaunter pembayaran yang terletak dihadapan disebelah pintu masuk kedai. Tak ramai yang beratur. Ada la dalam 4-5 orang.

Nope. Benda yang aku cari takde. Tak sampai stok lagi.”

“Benda yang kau cari tu rare sangat ek?”

“Novel tu belum sampai sini lagi. Novel tu baru je release. Nantila aku order online je la.”

“Muka macho habis. Layan malay novels. Tak synchronize ok.”

Well, bro. Aku support produk buatan Malaysia.”

“Aku sokong Dasar Pandang ke Timur.” Kata Shark sambil menayang-nayangkan manga nya itu.

***************************************** 
“Kau langgar sapa tadi?” tanya Dira.

Alia angkat kedua-dua bahunya. Tak tahu. Nasib kau la brader, aku nak cepat. Bukan sengaja pun. Minta maaf tu pun rasanya dah membuang beberapa minit masa berharga dah. Kang dia lambat, encik manager pulak yang sembur dia nanti. Dia membetul-betulkan tudungnya. Ok, perfect. Kemudian Alia pin kan nametag nye di kemejanya nye. Tertulis dalam tulisan besar: ALIA MAISARA. Uniformnya sebagai pekerja McD sudah lengkap. Dia memusing-musingkan badannya beberapa kali dihadapan cermin. Dan senyum. Senyum aku ni yang paling mahal tau, kata Alia dalam hati.

Dira memerhatikan Alia yang sedang asyik senyum. “Dah la tu. Tak payah nak pose macam Naomi Campbell. Ni toilet Mall, Bukan pentas peragaan kat Milan.”

“Ye Cik Dira. Jom. Dah lambat ni.”

“Oit cik kak. Aku ke kau yang melambatkan ni?” Dira tarik muka.

“Alala. Nak merajuk pulak. Patik minta maaf ye wahai Tuan Puteri Gunung Ledang kiranya ada mengguris perasaan.” Tangan Alia pantas mencubit hidung mancung Dira.

“Sakit la. Haish!” Dira menepis cepat.

Alia ketawa bila dia melihat hidung Dira kemerah-merahan. Itu kalau cubit kat muka putih melepak macam Dira. Agaknya kalau kulit hitam manis dia ni agak-agak akan jadi warna apa? Kelabu-kelabuan. Ek?
          
         “Sorry. Dah jom.” Alia dan Dira mula menapak keluar dari toilet.
          
         Apa la agaknya terjadi dengan budak yang malang terserempak dengan dia masa di bookstore tadi? Hati Alia digigit rasa bersalah.

No comments: